Wednesday, February 18, 2009

Redha dengan dugaan mu.

.
Semalaman aku sujud dan menangis agar kau mengampuni dosa-dosa ku yang telah aku lakukan......Berikanlah aku taufiq dah hidayah mu agar aku dapat keredhaan mu di dunia dan akhirat .ya allah..
  • Ya allah yang maha pengampun dan maha mengetahui.
  • Ya Allah, aku bersujud merasa hina seluruh jiwa raga, mengharap sekelumit belas kasihan dariMu, ampunilah segala dosaku, kuatkanlah seluruh imanku, tabahkahlah hatiku yang terbelah-belah dan tenangkanlah jiwaku yang hampir hancur ini.
  • Ya Allah, apakah sebenarnya yang terjadi? Aku sangat keliru Ya Allah. Sangat-sangat keliru. Hendak sahaja ku berpaling darinya, namun ia bagaikan menderhakai kurniaMu dan menanti-nanti azab siksaMu yang maha dahsyat.
  • Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana sampai ketika ini, jika bukan kerana rahmatMu itu, sudah pasti aku termasuk dalam golongan-golongan manusia yang menzalimi diri sendiri
  • Ya Allah, keranaMu lah aku hidup dan kepadaMu lah seluruh keyakinanku sandarkan, namun pada ketika ini aku sangat-sangat memerlukan petunjukMu.
  • Ya Allah, Terserahlah kepadaMu, ini lah doaku sekadar yang terdayaku ungkapkan walau pedih yang kurasa, namun aku masih terus mengharapkan rahmatMu yang Maha Agung.
  • Ya Allah, janganlah kau tinggalkan daku, walaupun sedetik mahupun lebih kecil bilangan dari itu. Jika kau tinggalkan aku, maka apalah gunanya lagi hidup hambaMu ini. Dan kepadaMu ku serahkan segala-galanya dan kepadaMu lah aku pasti kembali. Amin.
  • Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yang harus kita tempuhi dan sesusah mana pun hidup yang harus kita lalui, janganlah sesekali BERHENTI BERDOA KEPADA ALLAH kerana harapan adalah masa hadapan, kerana harapan adalah sumber kekuatan, kerana DOA adalah PINTU KEBAIKAN dan DOA adalah SENJATA ORANG BERIMAN.
>> Ya Allah, kiranya tiada cinta insani untukku.. cukuplah cinta Mu sebagai penyuluh hidupku. Moga kelak akan ada CINTA untukku daripada insan yang mencintaiMU sebagaimana cinta ku terhadapMu...Amin!

No comments:

Post a Comment