Thursday, March 19, 2009

Pemergian


Tarikh :16 Mac 2009 (Isnin)

Masa :3.30pm

Tempat :Lobby KPJ Selangor Specialist Centre.(SMC)

Sementara menunggu giliran ku berjumpa doktor yang kemungkinan mengambil masa yang panjang memandangkan deretan pesakit yang sedang menunggu,aku pun terus ke lobby untuk melepaskan kebosanan .Berbual sambil bertanya khabar kepada adik -adik dan rakan rakan seperjuangan satu ketika dulu.Tiba-tiba aku ternampak Pakcik Dialisis yang satu ketika dulu aku sering bertanya khabar dan bergurau senda sambil menghantarnya ke wad 4B . Memang menjadi rutin pakcik ni ke SMC untuk menjalani rawatan mencuci buah pinggang 3 kali seminggu.

Aku :"Pakcik kenal saya lagi tak?"

Pakcik Dialisis : " Emmmm lupa lah sape ye?"

Aku :"Alah..... Pakcik tak ingat saya, saya Amalina yang slalu hantar pakcik ke ward 4B tu."

Aku :"Pakcik apa khabar sihat ke?"Sambil membongkok hampir sebahagian badan tanda hormat.

Pakcik Dialisis :"Tak sihatlah...kalau tidak pakcik tak datang sini."
Sungguh sedih aku melihat keadaannya yang begitu ketara perubahannya.Kalau dulu masih boleh bergurau senda walaupun diatas kerusi roda tapi sekarang pucat lesu tidak bermaya.

Termenung aku sejenak .................

Inilah yang Allah maksudkan:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku." (Adz Dzaariyaat : 56)
Siapa kenal dirinya nescaya dia kenal Tuhannya. Renunglah penciptaan diri kita. Nescaya kita akan terpegun dan terkejut! Sebab semua kepunyaan kita itu bukan kita yang mengawalkannya, mentadbir, mengurusnya. Degupan jantung, kerdipan mata, penapisan ginjal, sedutan dan lepasan nafas, merakamkan maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya sepanjang 50 dan 60 tahun, mengalunkan rasa-rasa, gerakan hati yang silih berganti tiada henti-henti, sesungguhnya diluar kawalan . Selamat tidaknya diri kita bukan kita yang menentukan. Bila jantung akan berhenti berdegup sekaligus memberhentikan jentera seluruh sistem manusia ? Bukan hak kita untuk memberi jawapan !
Ya allah beri aku petunjuk mu .Tunjukkan aku jalan yang diredhai oleh mu.Kuatkanlah Imanku.Amin.
Tarikh : 18 Mac 2009 (Rabu)
Masa : 09.36 am
Tempat : ANCC

Tersentap aku oleh deringan dari mobile telefon ku.
Abby : "Assalamualaikum k.ina"

Aku : "Waalaikumusalam, awat bee?"

Abby :"K.ina ingat tak pakcik yang k.ina tegur masa datang SMC aritu?"Pakcik yang dialisis tuu"

Dia dah meninggal ......semalam...."

Aku : "kalu inalilah wa inalilah irajiun."al fatihah untukmu pakcik.......

Ya allah kau cucuri rahmat ke atas pakcik dialisis.Amin.

Inilah kehidupan.... setiap manusia akan menemui kematian.

Bagaimana ?dan bila ? masih dalam persoalan.

Ingatlah KEMATIAN itu dari detik ke detik dan dari saat ke saat .

No comments:

Post a Comment