Saturday, June 6, 2009

Baca....jangan tak baca!

Cuba teka?Dato' Ghazali seorang multimilllionaire, ada berapa buah buku dalam perpustakaan di rumahnya?6000 !

Dia membaca sebanyak 3 buah buku dalam masa seminggu.Kalau dia seorang jutawan dapat meluang masanya membaca buku.Siapalah.......aku?

So......aku akan cuba mempertingkat usahaku untuk lebih banyak membaca .


Buku nie dibeli selepas aku menghadiri ceramah agama di masjid .(Ceramah oleh Ustaz Badrul Amin bertajuk Al-Quran panduan Undang-undang islam)

Kenapa aku terpikat pandang pertama melihat buku ini?Ini disebabkan aku ingin sekali mengetahui sejauh mana kebenaran kata-kata Uncle Leong( Bapa saudara arwah suami ku).Uncle Leong pernah menceritakan keperibadian tuan guru kepadaku yang pernah menolongnya ketika keretanya rosak semasa pergi ke negeri Kelantan untuk menyertai kejohanan Basket Ball sekolah-sekolah peringkat negeri.Dia memuji keperibadian Tuan Guru, seorang yang lemah lembut pertuturannya, baik budi bahasa sentiasa merendah diri yang pada awalnya dia tidak mengetahui yang menolongnya itu adalah Menteri Besar Kelantan.


So! untuk megetahui sejauh mana kebenaran cerita ku dapatkan senaskah "KEMILAU KEPERIBADIAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT"

Buku ini mempertingkatkan semangat dan azam ku untuk hidup
*Tanpa kesedihan

*Tanpa keresahan

*Tanpa Kemarahan

*Tanpa Kedengkian

*Tanpa Kebencian

Insya Allah..............Amin.




No comments:

Post a Comment