Saturday, April 11, 2009

Happy Birthday to me!

Hiiiii Blog,

10 April 2009,/20 April 2009(Dalam i.c my dad registered lambat)

Semalam hari jadiku.......yang ke berapa ye?Yang ke 4+++.

Baru aku realised dah tua aku erk...berapa lama lagi aku akan bisa duduk,berdiri,berlari,tersenyum,menangis,ketawa,marah, geram dan segala perasaan yang silih berganti .Berapa lama lagi?....................dapatkah aku menjawab soalan itu.?Sudah pasti aku tidak mampu menjawapnya.Ajal, maut ,jodoh, pertemuan hanya Allah s.w.t. dapat menjawapnya.

Bagaimana harus aku jalani sisa sisa hidup ini.?Ada ketikanya aku rasa putus asa dengan kehidupan ku sekarang.....aku masih mengingati kehidupan dulu yang sangat indah ketika arwah "papa" masih hidup.Arwah "papa" suami yang sangat tampan,baik, penyayang,romantik,pemurah pendek kata semuanya sempurna.....aku begitu bahagia sekali bersamanya ditambah dengan kehadiran puteri dan putera yang comel -comel.Segala permintaanku tidak pernah diabaikan.

Tapi kini semuanya tinggal kenangan.....Aku harus jalani dan harungi hidup walaupun kadang kala begitu perit sekali .Tak kala melihat wajah-wajah comel yang di hadiahkan oleh arwah papa kepadaku hadiah yang sangat berharga akan ku belai dan jaga seumpama nyawaku.

Ingatlah.... Siti Diana Daniel Jansz,Mohd Iskandar Jansz dan Mohd Zikri Jansz mama terlalu menyayangi mu.Nana dan adik-adik yang memberi mama nafas baru agar mama dapat menjalani hidup ini dengan tenang.

SITI DIANA DANIEL JANSZ sekirannya mama tiada di dunia ini jagalah adik-adik dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi dan bajai lah adik-adik dengan ajaran agama kerana agama yang akan mendidik kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Al-quran jangan di lupakan walaupun sebaris ayat.

Siti Diana mama percaya dan yakin kakak akan menjadi seorang kakak yang di kagumi adik-adik.

p/s .Terima kasih anak-anakku diatas hadiah yang begitu cantik.Mama Luv all of u so much!

2 comments:

  1. haha, salam aunty!

    happy bday aunty! semoga aunty bahagia dunia dan akhirat, dirahmati Allah swt, panjang umur, sihat sihat je, and slalu senyum :) TAU TAU

    ReplyDelete
  2. TQ, Farah Sayang,Hargai Mummy and daddy sementara mereka masih di dunia ini.Aunty luv u!

    ReplyDelete